Friday, July 1, 2011

                                  Asalamualaikum,,,.                                                          
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan
dia akan mejadi teman menapaki hidupku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan diantara kami
Agar kemesraan itu abadi.
Dan ya Allah… ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan…
…Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah daku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya
Dan ya Allah yang tercinta…
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya….
Ya Allah ya Tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Karena Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini
Ya Allah…
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang naif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini maupun di akhirat
Menjuruskan daku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya daku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau ridhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….
amin!!!
(copy dari blogger seseorang)...                                                                    

Thursday, June 30, 2011

sebab tuhan temukan kita dengan orang yang salah??,...

        Kenapa ALLAH Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah ?
Aku Copy Dari Sini
Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja… tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.
1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…
6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya..
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..
*COPY INFO NIE DARI SORG BLOGGER THX,..
 Thank you so much sbb mengajar sye artii kehaidupan,thx sbb buka mata sye sebesar2nya,..ia betol2 menyedarkan,..cinta bkn sgala2,cinta bkn pghalang kta dr trs bersemangat nak trskan hidup,..pengalaman bertemu insan yang salah betol2 mematangkan sye,thx sbb ingatkan sye tentang hari2 yang mendatang,berhati2 dengan sekeliling,..
Not for bf or gf only, bt for friend.. Mengenali sahabat yang salah juga mengajar kita erti kehidupan yang sebenar ;) .. kawan ramai, tapi Sahabat ? … hanya diri kita sendiri yang dapat jawab semua ni.. -sekian. Thanks to S.

life is undefine hehe,..............

  Assalamualaikum,.....hehe sape2 yang minat rossa mstii tau lirik lagu nie kan,..
Aku terlanjur cinta kepadamu
Dan tlah ku berikan seluruh hatiku
Tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku
Aku pun tak mengerti yang terjadi
Apa salah dan kurang ku padamu
Kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
Karna sekali cinta aku tetap cinta  
 Aku nie name jeputus cinta,tapi aku tetap lyn lagu sedeyh2 mcm nie,....hehe lepas nie tak nak dh sedeh2 nangges2,ckpla dengan drama ek,...Haaaa  love at first sight ? Boleh percaya ke ? Love without reason ..   hehe sye dah rasa memang bahgia sgt2 tp hmm dah terkubur baru je,..tapi sye malas la nak fikir sgt pekara dah berlalu kan,..mlsla nak kenang sbb 2 sye bzkan dri nie spaya takde mase nak fikir bnda 2 semua,..life must move on,,,And bile fikir balik ade hikmah gak sume nie jadi,myb sebb tuhan tak nak kte lalai sgt dengan cinta    Kadang-kadang rasa bagus juga bila takde kekasih hati, tak terikat dengan sesiapa. Lebih baik single. Sebab bila kita penat, tak larat, tak trikat kat fon, tak sempat nak SMS, penat nak cakap banyak dalam fon, mula la tak angkat fon, tak reply SMS. Bila macam ni, ada je kita kena marah, kena tuduh macam-macam. Tak semua orang faham kita kan. Of course la orang ingat kita ni dah tanak kawan la, apa la. Biarlah saya tak nak cakap pape. Semua boleh fikir sendiri. Andai itu takdirnya, biarlah. Saya dah malas. Betul la kan, takde makna semua ni. yang penting hati & perasaan kita. Love need trust & loyalty. Terpisah jauh sekalipun, selagi perasaan ni kuat, selagi tu ia tetap tersemai dalam hati. Adeh jiwang lokk hahahah,..(buat2 happy),...Relaxla hehehe,...........sekarang sye lebih byk menyendiri,..jadi pendiam tak byk ckp,dengan famly pun ckp sepatah 2 je,..xtau nape,..cuma mls nak brckp dh,btindak gna tindakn je kan,,lbh baek mcm 2,.lebih byk memndam sbb xda org yang tau n faham masalah kite,..so,memendam is a gud way haha kcuali kalau dah xtahan hehe knela meluah degan kwn kalau tak mstii blh jadi glaa..dalam hati nie kta x tau kan ape yang bakal terjadi Relax ah babe, Allah kan ada. Allah tak pernah kecewakan kita.
Tak kisah la tak dapat harta yang banyak di dunia, tapi sangat kisah kalau tak dapat redha & keberkatan Allah di dunia, juga sangat takut kalau tak dapat syurga Allah di akhirat nanti.. Wallahualam..

الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ أُوْلَئِكَ مُبَرَّؤُونَ مِمَّا يَقُولُونَ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (An-nur 24:26)
Fikir-fikirkanlah… Wassalam…

Jodoh bukan milik kita,.............

Assalamualaikum,...............
                                hidup Mati Jodoh Pertemuan semua dah di tentukan sejak azali, sejak di Loh Mahfuz lagi. Tapi kita boleh doa banyak-banyak dengan hati yang ikhlas, mohon la apa yang kita ingin sesuai dengan firman Allah swt dalam Surah Ghafir ayat 60;
Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
Bila cakap pasal jodoh, susah nak dkata dengan kata-kata. Kalau saya cakap saya single, memang sumpah orang tak percaya. Alah, sorang dua je kot kalau percaya. Biarlah. Single ke, in a relationship ke, semua tu istilah je. Yang penting hati & perasaan kite,......... 
           Tapi sye percaye 1 hal  kalau memang dah jodoh, sehari dua kenal pun terus boleh kawen pastu happy endingg, Sebab itu takdir, itu jodoh yang di tentukan oleh Allah dah. Allah lebih tahu kan apa yang terbaik untuk kita.
Sebenarnya, banyak je kes macam ni bercinta dengan orang lain, kawen dengan orang lain. Tak di nafikan la ada juga yang bercinta bertahun-tahun pun kekal juga. Depends pada orgla. But bg sye, kalau dah bercinta bertahun-tahun ni macam buang masa jaa,.., takde makna juga. Dan saya pun bukan jenis yang boleh bercinta lama-lama. Sebab bagi saya, tak kemana juga, lagi tambah masalah adala.,..sebb 2 sekarang sya ambik kptsan nak bekawan je,..ada rezki msk meminag ters kawen simple kan?..hehe
          Buat apa kita pertahankan sesuatu yang bukan milik kita ? Siapa kita nak lawan takdir Allah kan ? Bagi yang single & tak kawen lagi, buatla pilihan yang terbaik. Kawen hanya sekali seumur hidup. Takkan nak nikah cerai dua tiga kali. Kalau boleh, elakkanla k.
Banyak-banyak doa semoga kita kekal dengan orang yang kita sayang. Sekalipun kita terpaksa melepaskan dia pergi, lepaskan saja dia pergi. Tetapi jika suatu hari dia kembali pada kita, benar; Dia untuk kita..
Sesiapa yang tengah buntu, ataupun dah melalui kes macam ni, banyak-banyak sabar. Saya faham, berpisah dengan orang yang kita sayang tu memang perit. Tapi ingatlah,Allah nak bagi yang lebih baik untuk kita. Redha je lah kalau kita hilang orang yang kita sayang..
and ingatlah, jangan terlalu berharap pada cinta yang belum halal untuk kita. Mungkin nikmat tu sekejap saja. Cinta lepas kawen lagi sweet. Jangan bagi seluruh hati, jiwa serta perasaan pada sesuatu yang belum tentu jadi milik kita. Simpanlah sedikit ruang di hati itu. Semoga bila mana hati kita hancur suatu hari nanti, masih ada secebis hati untuk kita bina kembali.. Berharap pada Allah, bukan manusia semata-mata… Jangan di risau akan jodohmu, pasti ianya akan tiba..
                           Assalamualaikum,..

Be tough, be strong to all women.. :) 

Tuesday, June 28, 2011

Doa penenang hati,...

Tekanan emosi, jiwa dan perasaan itu merupakan lumrah hidup. Setiap orang pasti mengalami peristiwa yang menjadi punca emosinya tegang. Ini disebabkan pelbagai perkara. Itu semua ujian ALLAH SWT kepada semua makhluk-NYA. Sesiapa yang sabar dengan memohon agar ALLAH SWT membantunya dalam segala urusan, maka dia akan beroleh ganjaran dan syurga ALLAH.

Orang Islam sentiasa diuji dengan pebagai cubaan, kesedihan, kegelisahan, dan tekanan emosi. Dengan itu DIA akan meningkatkan darjat kita.

Firman ALLAH S.W.T: "DIAlah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya dan DIA Maha Kuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat)."
– Surah al-Mulk: 2.

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan ketenangan jiwa adalah memperbanyakkan amalan soleh seperti solat sunat, zikir, puasa, doa, membaca al-Quran dan sebagainya. Selain itu, meletakkan kecintaan kepada ALLAH, Rasulullah dan menyintai sesama muslim kerana ALLAH semata-mata.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Tiga perkara yang sesiapa mendapatnya akan merasakan kemanisan iman: Menyintai ALLAH dan Rasul-NYA melebihi segala-galanya, mengasihi seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti membenci untuk dicampakkan ke dalam neraka."
– Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Jika ALLAH menghendaki kebaikan pada seseorang, dia akan mengujinya dengan musibah."
– Hadis riwayat al-Bukhari.

Antara rawatan kepada penyakit kejiwaan ini ialah:

1. Membaca al-Quran setiap hari.

2. Berdoa pada satu per tiga akhir malam dengan merayu agar ALLAH menenangkan jiwa.

3. Istiqamah membaca zikir khususnya zikir pagi dan petang.

4. Menjauhi maksiat.

5. Membanyakkan istighfar.

6. Memperbanyakkan membaca doa menjauhi kesedihan dan tekanan perasaan, iaitu:
Laailaha illallahul 'aziimul haliim laailaha illallahu rabbul 'arsyil 'aziim laailaha illalahu rabbus samaawaati wa rabbul ardhi wa rabbul 'arsyil kariim.

"Tiada tuhan selain ALLAH yang Maha Mulia lagi Maha Lemah Lembut. Tiada selain ALLAH. TUHAN 'arasy yang Agong. Tiada tuhan selain ALLAH. TUHAN langit dan bumi dan TUHAN 'arasy yang Pemurah."
– Hadis riwayat Muslim.

Menurut Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Jika salah seorang daripada kamu kesedihan ucapkanlah:
Yaa hayyuu yaa qayyum birahmatika astaghits
"Wahai TUHAN yang Hidup yang Kekal. Dengan Rahmat-MU aku memohon pertolongan-MU."
– Hadis riwayat al-Tirmizi.

Menurut Asmak Binti Umais, Rasulullah s.a.w berkata kepadanya: Mahukah kamu aku ajarkan kalimah-kalimah yang boleh kamu ucapkan ketika dilanda kegelisahan? Bacalah:
ALLAHu rabbi laa usyriku bihi syaian
"Ya ALLAH TUHANku tidak akan aku sekutukan-NYA dengan sesuatu pun."
– Hadis riwayat Abu Daud.

Dan banyak lagi zikir-zikir lain yang boleh menenangkan kesedihan dan kegelisahan. Dapatkan buku-buku doa menurut al-Quran dan sunnah. Antaranya Hisnul Muslim, karangan al-Qahtoni dan al-Azkar karangan Imam al-Nawawi.

Wallahu a’lam.

Cinta x bermakna mesti memiliki !_!

Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima.
Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.
Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.
Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima.
Tapi...lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan pahit pahit yang menghiris dada...
Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu....
Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu.
Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian...
Tapi...
Percayalah pada diri...
Selalunya cinta yang kita berikan seadanya
Takkan pernah bertepuk sebelah tangan......